Dengan sukacitanya dimaklumkan Perbadanan Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Akademi Pelancongan Melaka akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Penginapan Rumah (Homestay) pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 27 Januari 2011 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang

Tempat : Laksamana Townlodge, Taman Kota Laksamana, Melaka

Bayaran : RM 100.00 seorang. (RM 80.00 khas kepada peserta Homestay Warisan Melaka)

Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan secara teori dan praktikal dalam asas pengurusan penginapan rumah (Homestay). Kursus ini juga merupakan syarat wajib yang ditetapkan untuk menyertai Program Homestay Warisan Melaka.

Sehubungan dengan itu, dengan sukacitanya pihak tuan/puandijemput untuk menyertai kursus tersebut

Sila hubungi Pn. Aida ditalian 06-2869960 untuk pendaftaran.

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan kursus untuk tindakan pihak tuan/puan.


Aturcara Kursus:

8.30 – 9.00 pagi – Pendaftaran Peserta

9.00 – 9.30 pagi – Taklimat Produk Pelancongan Melaka dan Potensi Industri Pelancongan Melaka oleh Bahagian Promosi Pelancongan, JKMM (BPP)

9.30 – 10.30 pagi – Taklimat Pengurusan Kewangan dan Perniagaan Penginapan Rumah (Homestay) oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya

10.30 – 11.00 pagi – Rehat dan minum pagi

11.00 pg – 1.30 tgh - Kursus Asas Pengurusan Penginapan Rumah (Homestay) dan Praktikal.

1.30 – 2.00 ptg - Penyampaian sijil kursus

2.00 ptg – Makan tengahari dan bersurai.

Program Tamat

BORANG JAWAPAN